Tuesday, 14 May 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

"asal kita dari kampung , dari kampung maju ke bandar , jangan berdalih asal-usul mu ,                        kerana itulah asal-usul mu"

Kisah Hidup Patung Permainan bernama HAPPY

Nama saya happy.
Saya di beli oleh seorang kanak2 yang sukakan patung.
dan saya salah satu patung kesayangannya.. =)

Bermula lah kisah saya.

Suatu hari tuan saya membawa saya pulang ke kampung halamannya. Saya berasa bertuah dan gembira sekali kerana dapat mengunjungi kampung tuan saya.

Semasa sampai sahaja ke daerah perkampungan tuan saya. Saya terkejut lalu berfikir " sungguh indah dunia ciptaanMu Ya Allah ".

Di perkampungan tuan saya , penuh dengan kehijauan dan sawah padi. Tidak seperti di bandar yang penuh dengan rumah batu dan kesesakan lalu lintas serta kepanasan pulau haba bandar. Di sini sangat sejuk dan menenangkan.

Semasa sampai ke rumah tuan saya , saya di perkenalkan kepada adik2 keluarga tuan saya.. Saya sangat seronok kerana berpeluang berjumpa patung2 yang lain selain di rumah tuan saya di bandar.

Masa berlalu dengan pantas. Masa untuk saya tinggalkan kampung tuan saya sudah sampai. Walaupun sekejap namun banyak memori indah yang hanya saya sahaja yang mampu bayangkan.. Terima kasih tuan kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama tuan. =)

The End.

Writer : amer syawal
Photo's : Ahmad Syamim

*ps : semua cerita adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan hidup dan mati.

No comments:

Post a Comment